05 January 2010

Tahniah Anak Ledang & Terima Kasih Lanun EGL 1

Tahniah diucapkan kepada peserta Kem Peneraju Warisan (Eksplorasi Gunung Ledang) EGL 1, yang telah menamatkan kem dengan jayanya.
Jawatankuasa Nadi GPMS-SA juga mengucapkan sekalung penghargaan terima kasih tidak terhingga kepada 'Lanun' yang berusaha memberikan khidmat bakti untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman sepanjang kem ini berlangsung.
Kem yang telah diadakan pada 17 hingga 22 hb. Disember 2009, di Sagil, Gunung Ledang, ini juga merupakan program penutup bagi tahun 2009 dan 1430H.
Berbekalkan tekad dan semangat tahun baru marilah sama-sama berganding bahu mengharungi cabaran hutan batu menjelang 2010 dan 1431H ini. GPMS-SA juga mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua.
Tahniah & Terima Kasih Semua!
99005